Tuesday, June 10, 2008

Hari yang berulang-ulang setiap tahun berulang lagi semalam

Semalam 10hb Jun 2008 merupakan tarikh hari lahir mr manager Westside Laborist (ikut friendster. Kalau tarikh tu tipu boleh delete post nih).

Walaupun lambat wish, tapi tidak mengapa. Yang penting niat.

Maka dengan itu kami mengucapkan selamat hari lahir buat manager kesatuan buruh MelbourneGeelong, Encik Ariff Izzudin.

Semoga sentiasa mantap dunia akhirat.

Belanjalah sume buruh makan nasi uduk kat esteler. =)

Thursday, June 5, 2008

Kenyataan Media Berhubung Kenaikan Harga Minyak

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Saya selaku wakil Kesatuan Pekerja Melbourne dan Geelong (KPMG) ingin meluahkan perasaan tidak puas hati kami berhubung kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.78 kepada RM 2.40 seliter berkuatkuasa 5 Jun yang lalu. Kenaikan harga sebanyak 40% ini agak melampau memandangkan ia dilakukan secara sekaligus dan bukannya secara berperingkat. Tindakan pihak-pihak tertentu yang mengurangkan subsidi minyak secara mengejut ini benar-benar membuatkan kami terkejut.

Memang benar, dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan harga minyak mentah dunia yang kian meningkat sehingga mencecah paras USD 130 setong, harga minyak domestik juga pasti akan naik suatu ketika nanti. Namun, kenaikan tersebut haruslah secara berperingkat supaya rakyat mempunyai masa untuk bersiap-bersedia menghadapi harga minyak yang tinggi. Dalam PRU ke-12 yang lalu, seorang timbalan perdana menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa harga minyak tidak akan naik untuk tahun 2008. Walaupun kami telah termakan dengan janji manisnya, namun kami dari KPMG akan tetap menyokong parti beliau. Ya, 'Dulu, Kini dan Selamanya' akan kami sokong walaupun kami telah ditipu bulat-bulat.

Kami turut ingin meluahkan rasa terkilan kami kerana menteri-menteri memberikan pendapat yang bercanggah mengenai nilai sebenar subsidi minyak yang ditanggung kerajaan. Dato' Shahrir Samad, Menteri Perdagangan dan hal Ehwal Dalam Negeri, mendakwa bahawa kerajaan menanggung beban subsidi minyak sebanyak RM 56 billion. Kelmarin pula, Menteri Kewangan Kedua, Dato' Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion. Dan kita masih ingat lagi tahun lepas, seorang menantu kepada menteri perdana mengatakan bahawa nilai subsidi minyak oleh kerajaan ialah sebanyak RM 35 billion. Walaubagaimanapun, menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi bagi tahun 2007 adalah RM12 billion. Pekerja-pekerja di Melbourne dan Geelong sangat mengambil serius percanggahan pendapat ini kerana menurut apa yang kami belajar, 56≠28≠35≠12. Tambahan pula, jika benar nilai-nilai ini adalah jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan, ke mana pula perginya baki hasil pendapatan bersih Petronas sebanyak hampir RM80 billion setahun? Bagaimana pula dengan hasil pendapatan dari kutipan tol?

Secara keseluruhannya, kerajaan harus menjawab persoalan-persoalan ini yang sedang bermain di fikiran rakyat. Jika tidak di fikiran rakyat pun, sekurang-kurangnya di fikiran kami pekerja-pekerja di KMPG. Ahli-ahli persatuan kami merupakan golongan yang terkesan secara langsung berikutan pengumuman kenaikan harga minyak tempoh hari. Sudah pasti tindakan kami untuk menaikkan harga barangan akan mendapat tentangan hebat dari pelanggan walaupun semua pihak sedia maklum kos penghasilan sudah meningkat. Sebagai contoh, seorang ahli tetap kami merupakan penebar roti canai terkenal di Bangi. Pada pertengahan tahun 2006, ketika kerajaan 'selesai' menaikkan harga minyak, penebar roti canai tersebut yang lebih selesa dengan gelaran 'Anwar' (bukan Anwar Ibrahim), turut menaikkan harga roti canai dari RM 0.80 sekeping kepada RM 1.00. Akibatnya, restoran beliau telah diboikot oleh penduduk-penduduk di Bandar Baru Bangi. Nasib yang sama turut menimpa seorang lagi ahli gerakan kami yang merupakan tukang masak kari handalan dari Ipoh, Encik MKS. Oleh yang demikian, saya merayu agar pihak-pihak yang terbabit menimbang semula keputusan untuk menaikkan harga minyak secara mendadak yang jelas menambah derita rakyat negara kita.

Sekian, wassalam.